Skip to main content

Blizzard hari ini mengumumkan yang acara BlizzCon 2021 akan dianjurkan sepenuhnya secara digital pada 19 hingga 20 Februari 2021. Acara tersebut menggantikan acara BlizzCon tahun ini yang dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Acara BlizzCon 2021 yang juga dikenali sebagai BlizzConline ini akan menyertakan pelbagai acara serta pertandingan untuk peminat, oleh kerana ia dilakukan secara digital, pemain serata dunia boleh menyertainya.

Antara acara dan pertandingan yang disertakan adalah Persembahan Cosplay, Pertandingan Cosplay, Pertandingan Seni, Pertandingan Bercerita Secara Digital, Pertandingan Bakat dan March of the Murlocs. Untuk maklumat lanjut serta pendaftaran untuk acara dan juga pertandingan anda boleh bacanya di laman rasmi BlizzCon.

Leave a Reply