Marvel’s Avengers boleh dikatakan tidak mempunyai pelancaran yang sempurna, terdapat pelbagai masalah yang hadir tidak kira mana-mana platform ia dikeluarkan. Square Enix dan Crystal Dynamics telah mengeluarkan kemaskini V.1.3.0 yang menyelesaikan lebih seribu pepijat.

Kemaskini kebanyakan menyelesaikan masalah di mana sesetengah misi tidak dapat dilakukan, selain pelbagai masalah grafik. Namun, tidak dinyatakan jika ia juga menyelesaikan masalah prestasi yang antara masalah utama bagi kami.

Marvel’s Avengers sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Ia juga akan menerima naik taraf percuma untuk versi PlayStation 5 dan Xbox Series.

Sohor Kini