Bandai Namco minggu ini mengumumkan permainan Katamari Damacy Reroll akan dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan Xbox One pada 20 November 2020 ini.

Permainan ini merupakan pernambah-baikkan berdasarkan permainan pertama yang dilancarkan pada 2004 di konsol PlayStation 2 di mana ia sebelum ini tiba di konsol Switch dan PC melalui Steam beberapa tahun lepas.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri permainan Katamari Damacy, ia merupakan permainan tekaria yang mana pemain akan bermain sebagai seorang putera di mana tugasnya adalah untuk menggolekkan bola Katamari dan mengutip pelbagai barangan untuk dijadikan bintang.

Siri permainan ini adalah siri permainan yang sangat terkenal beberapa tahun lepas di mana ia bukan sahaja mempunyai pelbagai sekuel, malah sebelum ini Bandai Namco juga umum permua khas berdasarkan siri ini.

Bagi anda yang berminat untuk mengembara semula dengan Prince bersama ayahnya King Of All Cosmos, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang November ini di konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Manakala versi Switch dan PC ia telah pun dilancarkan sebelum ini.

Sohor Kini