Microsoft Bakal Mengambil Alih Bethesda Dengan Bayaran RM30 Bilion

Microsoft hari ini mengumumkan yang mereka akan mengambil alih ZeniMax Media yang merupakan syarikat induk kepada Bethesda dengan bayaran RM30 bilion secara tunai.

Selain Bethesda, studio lain di bawah ZeniMax antaranya adalah id Software pembangun Doom, Arkane Studios pembangun Dishonored dan Tango Gameworks iaitu pembangun The Evil Within. Dengan pengambil-alihan ini, ia menjadikan studio di bawah payung Xbox Games Studio meningkat dari 15 ke 23.

Sebagai studio di bawah Xbox Games Studios, permainan-permainan ZeniMax juga akan disertakan sebagai sebahagian daripada Xbox Game Pass. Namun buat masa ini tidak disahkan lagi jika studio-studio di bawah ZeniMax akan membangunkan permainan untuk Xbox dan PC sahaja.

Dengan penawaran permainan esklusif adalah satu faktor yang penting di dalam penawaran konsol generasi baharu, berkemungkinan besar mereka akan melakukannya mungkin kecuali untuk permainan dalam talian seperti The Elder Scrolls Online.

Ini merupakan satu langkah besar oleh Microsoft untuk memulakan ‘peperangan’ konsol generasi baharu.

Sohor Kini