Sebelum ini kami melaporkan yang mana Bloober Team akan melancarkan semula permainan Observer dengan kandungan tambahan buat konsol PlayStation 5 dan Xbox Series, di mana kini mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancarannya secara rasmi iaitu hari pelancaran kedua-dua konsol tersebut.

Ini bermakna, permainan Observer: System Redux akan tiba di PlayStation 5 pada 12 November 2020, manakala di Xbox Series pula ia akan tiba pada 10 November. Menariknya, versi PC melalui Steam yang diumumkan sebelum ini juga diumumkan akan tiba pada 10 November.

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, Observer System Redux adalah edisi permainan Observer yang dilancarkan 2017 lepas di mana melalui versi ini, ia menerima pernaik-tarafan visual dengan tekstur baharu dan juga beberapa kandungan baharu seperti watak dan penceritaan baharu.

Jadi bagi anda yang berminat untuk dapatkan permainan seram ini, anda boleh dapatkannya menjelang November ini mengikut platform pilihan anda.

Sohor Kini