505 Games hari ini mengumumkan permainan yang dibangunkan oleh One More Level, 3D Realms dan Slipgate Ironworks iaitu Ghostrunner akhirnya akan dilancarkan secara rasmi pada 28 Oktober 2020 ini.

Permainan ini sebelum ini melancarkan sesi akses beta tertutup dan ia kini akhirnya akan dilancarkan secara rasmi di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga di PC melalui Steam, Epic Games Store dan GOG.

Menariknya, bersempena dengan pengumuman ini, 505 Games juga umum demo khas buat permainan ini turut akan tiba di Steam pada 29 September 2020 ini.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Ghostrunner, ia adalah permainan aksi pedang yang mana pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh disamping menyelesaikan beberapa tekaria permainan ini.

Selain itu, 505 Games juga mengumumkan yang mana pra-tempah permainan ini kini sudah pun berlangsung di mana pemain boleh dapat pedang katana ekslusif khas mengikut platform.

Bagi anda yang berminat, permainan ini dijual dengan harga bermula RM99 di platform pilihan anda dan menariknya bagi platform PlayStation 4 dan Steam, 505 Games menawarkan diskaun khas sebanyak 20% buat pelanggan PlayStation Plus di konsol PlayStation 4 dan di platform Steam sempena pra-tempahan ini.

Sohor Kini