Leoful dan Salt Castle Studio minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan sukan bola sepak multi-pemain Alpaca Ball: Allstars buat konsol Switch dan Steam di pasaran Malaysia.

Menurut Leoful, permainan ini akan tiba di konsol Switch pada 5 November 2020 ini secara digital dan fizikal. Manakala di PC, melalui Steam pula akan dilancarkan lebih awal iaitu 15 Oktober 2020 ini.

Alpaca Ball: Allstars merupakan permainan sukan bola sepak parodi di mana pemain akan bermain sebagai haiwan alpaka. Dengan bentuk multi-pemain, pemain perlu menjaringkan gol seperti mana sukn bola sepak dengan pelbagai rekaan padang bola yang unik. Menariknya, pemain juga boleh dapatkan pelbagai jenis kostum tambahan buat haiwan alpaka tersebut.

Permainan ini juga mempunyai mod solo dan juga mod karier termasuklah mod multi-pemain yang menyokong sehingga 8 pemain serentak secara luar-talian ataupun dalam-talian.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya menjelang bulan Oktober ini di PC, dan November ini di Switch.

Sohor Kini