Aston Martin, salah satu pengeluar kereta mewah terkemmuka, kini telah memperkenalkan penyelaku kereta lumba pertama mereka, dinamakan AMR-C01 Racing Simulator.

ASTON MARTIN AMR-C01 Racing Simulator

AMR-C01 Racing Simulator ini membolehkan para peminat untuk mendapatkannya, dan berlumba dengan pemandu lain secara maya dari rumah. Produk ini dibangunkan bersama oleh Aston Martin dan juga Curv Racing Simulator.

Ia menawarkan rekaan yang unik, serta rekaan dalaman seumpama Aston Martin Valkyrie. Dengan rekaan ini, ia sangat sesuai untuk digunakan dalam arena esukan, sekaligus memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh kepada pengguna berbanding penyelaku kereta yang lain dipasaran.

AMR-C01 Racing Simulator ini ditawarkan secara terhad, dan ditawarkan pada harga £57,500, iaitu sekitar RM306k.

ASTON MARTIN AMR-C01 Racing Simulator

Sohor Kini