Skip to main content

Pengarah Football Manager 2020, Miles Jacobson telah berkongsi satu ciapan mengenai kejayaan Football Manager selepas ia ditawarkan secara percuma di Epic Games Store. Menurutnya, terdapat 500 ribu yang bermain permainan tersebut selepas 24 jam ditawarkan secara percuma dan 1 juta pemain selepas 3 hari.

Tambah beliau lagi, jumlah tersebut adalah lebih tinggi berbanding jumlah pemain yang mencuba semasa Football Manager 2020 boleh dimainkan secara percuma selama dua minggu di Steam.

Tidak berhenti setakat itu, beliau juga mengatakan mereka telah mencatat jumlah pemain serentak tertinggi iaitu 251 ribu pemain di Steam dan juga Epic Games Store, tertinggi sebelum ini adalah lebih kurang 200 ribu, semasa tawaran di Steam.

Football Manager 2020 sudah dikeluarkan untuk PC, dan turut menerima versi permainan mudah alih serta Switch sejak November tahun lepas. Football Manager 2021 dijangka tiba akhir tahun ini termasuk juga versi konsol generasi baharu.

Leave a Reply