Skip to main content

Daniel Craig adalah pelakon bagi francais filem James Bond. Tetapi untuk filem James Bond: No Time To Die, ia adalah filem kelima dan terakhir beliau memainkan watak ini. Disebabkan itulah kami ada jelaskan kepada anda, kenapa filem ini adalah filem penting Daniel Craig sebagai James Bond.

Tom Hardy dalam Splinter Cell

Banyak laporan, speskulasi yang memepersoalkan siapakah pengganti Daniel Craig untuk filem James Bond akan datang. Ada yang menyatakan, Idris Elba adalah calon. Tetapi sebenarnya, pengganti Daniel Craig sudah pun dipilih – iaitu Tom Hardy. Tom Hardy adalah pelakon yang berbakat, beliau adalah pelakon dalam filem Venom, Mad Max, menjadi Bane dalam Dark Knight Rises. Menurut sumber, Tom Hardy telah dipilih sebagai James Bond baru selepas uji bakat dilakukan pada bulan Jun lepas.

Pada awalnya, berita ini dikatakan akan diumumkan secara rasmi selepas filem No Time To Die ditayangkan di pawagam. Namun dengan masalah Covid-19 dan filem ini yang asyik ditunda, pengumuman ini turut ditangguhkan. Pengumuman ini mungkin hanya akan diumumkan secara rasmi pada tahun 2021.

Agak menarik untuk melihat seorang lagi pelakon Irish memainkan watak perisik British, selepas Pierce Brosnan. Apakah pendapat anda mengenai pilihan Tom Hardy sebagai James Bond? Atau anda lebih inginkan Idris Elba memainkan watak ini? Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut.

Leave a Reply