Selain mengumumkan kerjasama dengan BlackPink, kini PUBG Mobile juga telah mengacah kerjasama mereka dengan pengeluar jenama air minuman terkemuka, Mountain Dew.

Melalui video acah yang dikongsikan, ia memperlihatkan mesin layan diri Mountain Dew di Erangel yang disituasikan secara rawak. Jikalau mengikut konsep pada PUBG Mobile sebelum ini, mesin layan diri ini boleh mengeluarkan air minuman tenaga untuk pemain.

PUBG Mobile memperlihatkan tarikh 22 September untuk kemaskini ini, dimana kita akan mendengar lanjut mengenainya.

Sohor Kini