Ubisoft kini telah mengumumkan mereka bakal menawarkan dua permainan popular mereka dalam variasi realiti-maya khusus untuk platform Oculus VR.

Dua permainan berkenaan adalah Assassin’s Creed dan juga Splinter Cell.

Kedua-dua permainan ini dalam proses pembangunan untuk Oculus VR, dan akan mengambil kelebihan platform berkenaan dalam menawarkan pengalaman permainan realiti-maya yang terbaik dan tidak ditawarkan di platform lain.

Buat masa ini, masih tiada sebarang tarikh diberikan berkenaan pelancaran kedua-dua permainan ini di platform Oculus VR.

Sohor Kini