Cyberpunk 2077 boleh dikatakan permainan dunia terbuka yang dinanti-nantikan oleh pemain, terutama yang mengikut permainan oleh CD Projekt Red. Namun, bagi pengguna di PC, mungkin persoalan utama adalah adakah PC mereka dapat memainkan permainan tersebut dengan baik.

Hari ini, CD Projekt Red akhirnya berkongsi spesifikasi PC untuk Cyberpunk 2077, dan kami boleh katakan ia adalah mesra untuk PC pertengahan.

Spesifikasi Minima:

  • CPU: Intel i5-3570K atau AMD FX-8310
  • GPU: GTX 780 atau Radeon RX 470
  • RAM: 8GB
  • Storan: 70GB

Spesifikasi Dicadangkan:

  • CPU: Intel i7-4790 atau AMD Ryzen 3 3200G
  • GPU: GTX 1060 6GB atau AMD Radeon R9 Fury
  • RAM: 12GB
  • Storan: 70GB

Melainkan anda ingin mendapat kualiti terbaik, kebanyakan pemain mungkin tidak perlu melakukan naik taraf semata-semata untuk bermain permainan ini. Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 19 November 2020 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini