Deadline telah melaporkan yang Lee Issac Chung akan menjadi pengarah dan juga menulis semula filem aksi nyata berdasarkan filem anime popular Your Name.

Lee Issac Chung, yang sebelum ini mengarah filem seperti Minari dan Munyunrangabo akan melakukan olahan semula daripada skrip yang sebelum ini ditulis oleh Emily V. Gordon dan Eric Heisserer.

Syarikat produksi J.J Abrams, Bad Robot akan menerbitkan filem tersebut bersama dengan Genki Kawamura iaitu penerbit filem anime serta diedarkan oleh Paramount untuk pasaran global dan Toho untuk pasaran Jepun. Buat masa ini masih tiada sasaran tarikh pengeluaran yang dikongsi.

Sohor Kini