Dengan perang antara Apple dan Epic, kini Epic mengumumkan mereka akan menamatkan penawaran Fortnite : Save The World untuk  macOS. Epic mengatakan pengguna macOS tidak lagi boleh memainkan permainan Fortnite : Save The World di macOS bermula 23 September 2020 kelak.

Epic mengatakan sebab utamanya adalah kerana Apple menghalang Epic menawarkan kemaskini ditawarkan untuk Mac, sekaligus menyukarkan penambah-baikkan ditawarkan untuk pemain di platform berkenaan.

Fortnite : Save The World merupakan permainan yang menjadi tunjang utama sebelum Fortnite yang seperti kita kenal hari ini dilancarkan. Ia menawarkan bentuk permainan tower defense dengan sudut pandang orang ketiga. Permmainan ini telah diperkenalkan pada 2017, dan beberapa bulan selepasnya, Fortnite versi Battle Royale diperkenalkan.

Bagi pengguna MacOS yang terkesan, anda boleh menyemak sama ada anda tertakluk untuk menerima pulangan wang kembali atau sebaliknya melalui laman rasmi Fortnite.

Sohor Kini