The Batman sebelum ini sudah hadir dengan video acah pertama dan pengarah Matt Reeves mengatakan sebelum ia ditangguhkan pada bulan Mac lepas, mereka hanya menyelesaikan 30% penggambaran sahaja. Penggambaran kemudian dihentikan seketika apabila Robert Pattinson dilaporkan positif Covid-19.
Terkini, Robert dialporkan sudah sembuh dan bebas dari Covid-19. Menurut Variety, penggambaran akan diteruskan seperti biasa. Walaupun sebelum ini Robert dan beberapa kru turut dikuarantinkan, mereka yang tidak terjejas meneruskan pembinaan set penggambaran. Cuma rakaman sahaja yang tidak diteruskan. Nampaknya dengan penggambaran yang sudah bermula ini, kita mungkin akan dapat tonton filem The Batman mengikut jadual.