Marvelous ketika Nintendo Direct Mini Partner Showcase akhirnya berkongsi lanjut mengenai Rune Factory 5 yang pertama kali diumumkan pada awal tahun lepas. Mereka hadir dengan video bentuk permainan yang boleh ditonton di bawah.

Di dalam permainan ini, pemain boleh menjadi watak lelaki ataupun watak perempuan yang hilang ingatan di satu kampung. Di situlah kehidupan baharu bermula, seperti permainan Rune Factory sebelum ini, pemain boleh bercucuk tanam, lawan pelbagai haiwan liar dan juga menjalinkan hubungan dengan penduduk kampung.

Rune Factory 5 akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Switch pada tahun 2021.

Sohor Kini