The Long Dark Kini Dikeluarkan Untuk Switch

Hinterland Studio ketika Nintendo Direct Mini Showcase Partner telah melakukan pengumuman yang permainan ketahanan hidup mereka The Long Dark tiba untuk Switch, bahkan ia sudah dikeluarkan bermula hari ini.

The Long Dark boleh dikatakan antara permainan ketahanan hidup yang realistik, dan sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC sejak tahun 2017 lagi.

Jika anda berminat ia boleh didapati di Nintendo eShop dengan harga $31.49 buat sementara waktu sebelum dijual dengan harga asal iaitu $34.99.

Sohor Kini