Ketika acara Nintendo Direct Mini Showcase Partner, Romero Games dan Paradox Interactive akhirnya mengumumkan yang permainan strategi Empire of Sin akan dikeluarkan pada 1 Disember 2020 selepas tertertunda sebelum ini.

Permainan tersebut memfokuskan bandaraya Chicago ketika tahun 1920an di mana pemain perlu membina empayar jenayah dan pada masa yang sama mempertahankan daripada serangan musuh. Ketika Gamescom tahun lepas, Paradox Interactive juga memperlihatkan bentuk permainannya dengan lebih terperinci.

Empire of Sin akan dikeluarkan pada 1 Disember 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Bagi anda yang berminat, ia juga boleh mula di pra-tempah.

Sohor Kini