Skip to main content

Famitsu telah melakukan temubual bersama dengan ketua SIE Jim Ryan (diterjemahkan oleh Siliconera), antara persoalan yang ditanya adalah mengenai fungsi keserasian belakang yang hadir bersama PlayStation 5.

Menurut Jim Ryan, PS5 akan menyokong 99% permainan PS4 akan tetapi tidak menyokong konsol-konsol yang lebih lama iaitu PS3, PS2 dan juga PS. Tambah beliau, dalam menghasilkan sokongan tersebut mereka ingin memastikan ia menggunakan kelebihan yang disertakan oleh SSD dan juga alat kawalan DualSense.

Kenyataan ini dengan kata lain telah mengesahkan apa yang di dikongsi oleh Ubisoft, sebelum ia dipadamkan pada minggu lepas. Ini merupakan salah satu strategi yang berbeza di antara Sony dan juga Microsoft. Xbox Series akan menyokong keserasian belakang sehingga konsol pertama Xbox.

PlayStation 5 akan dikeluarkan pada 12 November ini di beberapa negara, dan 19 November secara global dengan $499 serta $399 untuk versi Digital.

Leave a Reply