Epic Games Store minggu ini bukan menawarkan satu permainan seperti yang diumumkan pada minggu lepas, tetapi tiga permainan untuk tawaran permainan percuma mingguan mereka. Tiga permainan tersebut adalah Football Manager 2020, Watch Dog 2 dan Stick It To the Man.
Football Manager 2020 [Epic Games Store] merupakan permainan terbaru bagi siri simulasi pengurusan bola sepak ini, sebelum Football Manager 2021 dikeluarkan pada hujung tahun ini. Ia dibangunkan oleh Sports Interactive dan diterbitkan oleh Sega.
Watch Dog 2 [Epic Games Store] pula adalah permainan aksi pengembaraan dunia terbuka oleh Ubisoft. Ia merupakan permainan susulan kepada Watch Dog tetapi menyertakan watak dan kawasan baharu, tetapi masih mengekalkan tema menjadikan pemain sebagai penggodam. Ia dikeluarkan sejak tahun 2016.
Stick it to the Man [Epic Games Store] pula adalah permainan platformer oleh Zoink Games dan diterbitkan oleh Ripstone sejak tahun 2013 untuk PS4, PS3, Vita, Xbox One, Wii U, Switch dan PC.
Ketiga-tiga permainan ini boleh ditebus sehingga 24 September, sebelum digantikan dengan satu permainan baharu iaitu RollerCoaster Tycoon 3: Complete Edition.