Ketika acara Nintendo Direct Mini Partner Showcase yang berlangsung sebentar tadi, Nippon Ichi Software dan NIS America mengumumkan sekuel kepada siri Disgaea iaitu Disgaea 6: Defiance Of Destiny akan dilancarkan di konsol Switch.
Menurut mereka, permainan ini akan menyertakan visual baharu 3 dimensi buat pertama kali bersama dengan bentuk permainan yang lebih meluas dengan sokongan jumlah nilai serangan sehingga lebih dari empat gandaan juta.
Dengan pengumuman ini, Disgaea 6 juga merupakan permainan Disgaea utama baharu yang diumumkan sejak 6 tahun lepas. Buat masa ini, NIS America menyatakan permainan ini adalah eksklusif di konsol Switch dan ia akan dilancarkan sekitar suku ketiga tahun hadapan. Bagi anda yang ingin menonton video acahnya, anda boleh menonton di bawah.