Ori And The Will Of The Wisps Kini Tiba Di Konsol Switch

Setelah melancarkan permainan Ori And The Blind Forest tahun lepas di konsol Switch, hari ini Xbox Games Studios dan Moon Studios mengumumkan sekuel kepada permainan tersebut iaitu Ori And The Will Of The Wisps kini dilancarkan di konsol Switch.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri Ori, ia merupakan permainan platformer pengembaraan yang mana asalnya dilancarkan di konsol Xbox dan PC. Namun pada tahun lepas, Microsoft mengambil keputusan untuk melancarkan permainan tersebut di konsol Switch bermula dengan permainan pertama dan kini permainan kedua akhirnya tiba secara rasmi.

Dengan menyertakan bentuk penceritaan yang mendalam dengan kawalan platformer yang sangat mencabar dan lancar, permainan ini boleh dikatakan salah satu permainan terbaik yang dilancarkan tahun ini berdasarkan ulasan kami sebelum ini.

Bagi anda yang berminat, permainan Ori And The Will Of Wisps boleh dibeli secara digital pada harga $29.99(~RM124) melalui Nintendo eShop.

Pada masa yang sama, Xbox Games Studios juga umum edisi fizikal terhad khas juga akan dilancarkan yang mana ia menyertakan pelbagai kandungan dan barangan. Edisi terhad tersebut boleh dibeli melalui laman rasmi I Am 8 Bit.

Sohor Kini