Skip to main content

Ketika acara Nintendo Direct Mini Partner Showcase untuk bulan September sebentar tadi, Capcom mengumumkan dua permainan Monster Hunter baharu akan dilancarkan khas di konsol Switch.

Kedua-dua permainan tersebut mereka permainan baharu yang dibangunkan khas buat konsol tersebut di mana permainan pertama adalah Monster Hunter Rise dan permainan kedua adalah sekuel kepada siri Monster Hunter Stories, iaitu Monster Hunter Stories 2: Wing Of Ruins.

Monster Hunter Rise merupakan permainan baharu buat siri Monster Hunter yang mana ia mempunyai pelbagai elemen pemburuan raksasa berdasarkan siri tersebut dan ia boleh dimainkan secara solo ataupun multi-pemain.

Dengan memfokuskan pengembaraan di kawasan seakan kawasan Jepun, Monster Hunter Rise juga akan menyertakan beberapa bentuk permainan baharu buat siri tersebut seperti keupayaan untuk berlari di dinding dan bergayut dengan menggunakan Wirebug. Selain itu, seperti biasa siri baharu Monster Hunter juga akan menyertakan pelbagai raksasa baharu dan kali ini raksasa utama baharu dikenali sebagai Magnamalo.

Monster Hunter Rise juga memperkenalkan watak sokongan tambahan selain Palico iaitu Palamute yang mana pemain bukan sahaja berupaya untuk menunggang mereka, malah mereka akan membantu pemain bertempur.

Monster Hunter Rise akan dilancarkan pada 26 Mac 2021 ini dan pra-tempah kini bermula di mana pemain boleh dapatkan edisi Deluxe khas yang menyertakan beberapa kostum tambahan.

Permainan kedua pula adalah sekuel kepada Monster Hunter Stories yang dilancarkan beberapa tahun lepas di konsol Nintendo 3DS dan permua, iaitu Monster Hunter Stories 2: Wings Of Ruin.

Seperti permainan sebelum ini, Monster Hunter Stories 2: Wings Of Ruin akan memfokuskan pengembaraan RPG dengan penceritaan solo. Di dalam dunia Monster Hunter Stories, ia memfokuskan keupayaan untuk pemburu bekerjasama bersama raksasa di mana selain memburu mereka, pemain juga berupaya untuk menunggangnya.

Dari segi tarikh pelancaran, Capcom menyatakan permainan ini akan dilancarkan sekitar suku ketiga tahun hadapan di konsol Switch.

Semestinya dengan pengumuman dua permainan Monster Hunter di konsol Switch ini menunjukkan yang mana Capcom semestinya tidak melupai siri tersebut buat konsol Switch. Dengan pelancaran permainan eksklusif ini, semestinya ia akan membawa kelainan berbanding siri Monster Hunter World yang dilancarkan di konsol lain dan PC.

Leave a Reply