Blumhouse bakal hadir dengan empat filem seram khusus untuk siaran di Amazon Prime pada bulan Oktober ini. Mereka menggelar koleksi filem ini sebagai “Welcome To Blumhouse”. Semasa kami melaporkan berita ini, Prime Video hanya menerbit satu video acah yang menggabungkan kesemua empat filem dalam satu video. Kini mereka hadir dengan video acah individu bagi setiap filem.

1. The Lie

Filem ini mengisahkan seorang gadis yang mengaku telah membunuh rakan karib beliau. Ibu bapa gadis ini cuba sebaik mungkin untuk melindungi anak mereka dan berakhir dengan perkara yang menyukarkan dan penuh dengan penipuan. Filem ini akan disiarkan pada 6 Oktober.

2. Black Box

Filem ini pula mengisahkan seorang suami yang kehilangan isteri dan juga memori akibat kemalangan. Kemudian beliau melalui perubatan eksperimen yang membuatkan beliau persoalkan diri – siapakah diri beliau yang sebenar? Filem ini akan disiarkan pada 6 Oktober juga.

3. Evil Eye

Evil Eye pula mengisahkan satu pasangan kekasih yang romantik berubah menjadi mimpi ngeri. Ini kerana ibu si gadis berkenaan meyakinkan anak beliau yang kekasih beliau ada kisah silam yang gelap berkait dengan dirinya. Filem ini akan disiarkan pada 13 Oktober.

4. Nocturne

Akhir sekali adalah Nocturne, yang mana ia memfokuskan kepada pelajar-pelajar elit dalam bidang seni. Seorang pelajar yang pemalu/pendiam secara tiba-tiba menjadi hebat dalam bidang muzik menewaskan pasangan kembar yang sedia berbakat. Kesemua ini berlaku selepas pelajar ini menemui buku nota milik bekas pelajar yang sudah mati. Filem ini juga akan ditayangkan pada 13 Oktober.

Sohor Kini