Steel Wool Studios dan ScottGames hari ini telah memperlihatkan secara rasmi permainan seterusnya untuk siri Five Nights at Freedy’s iaitu Security Breach. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Permainan kali ini akan membawa pemain ke Fazbear’s Mega Pizza Plex iaitu bangunan yang mempunyai tiga tingkat. Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, dan PC. Konsol lain akan menerimanya 3 bulan selepas pelancaran tersebut.

Tarikh pelancaran buat masa ini tidak disahkan dan akan dikongsi kemudian.

Sohor Kini