Activision ketika PlayStation 5 Showcase telah berkongsi satu video baharu untuk Call of Duty: Black Ops Cold War. Video tersebut memfokuskan peringkat awal untuk kempen di dalam permainan ini yang berjudul Nowhere Left to Run. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Seperti kita sedia maklum, penceritaan di dalam permainan ini adalah susulan terus daripada Call of Duty: Black Ops pertama yang dikeluarkan pada 10 tahun lepas. Semasa kempen ini pemain akan mengawal watak Alex Mason. Kempen ini dibangunkan oleh Raven Software, diumumkan sebelum ini ia juga menyertakan pelbagai pengakhiran yang berbeza.

Call Of Duty: Black Ops Cold War akan tiba di konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC melalui Battle.net pada 13 November 2020 ini.

Sohor Kini