Kemaskini – Video acah yan dipertontonkan semasa strim PlayStation 5 Showcase mengatakan yang ia akan turut tiba untuk PC. Konsol lain akan menerimanya kemudian. Sony kemudian memadamkan video tersebut, dan sekadar mengatakan yang ia adalah eksklusif untuk PS5.

Artikel Asal – Ketika PlayStation 5 Showcase, Bluepoint Games telah memperlihatkan bentuk permainan untuk Demon’s Souls versi olahan semula. Ia diumumkan akan tiba bersama dengan pelancaran PS5 iaitu pada 12 November. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Ia sebelum ini diumumkan pada Jun lepas sebagai eksklusif untuk PlayStation 5. Namun pada pengakhiran video tersebut, dikatakan ia adalah untuk sementara waktu, tambahan ia juga akan tiba untuk PC.

Selain itu, PlayStation juga telah berkongsi harga permainan dan ia adalah $69.99 iaitu harga yang dikatakan akan menjadi harga umum untuk permainan konsol generasi baharu.

Sohor Kini