PlayStation hari ini telah mengesahkan yang beberapa permainan yang diumumkan untuk PlayStation 5 akan turut hadir untuk PlayStation 4. Permainan tersebut adalah Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Horizon Forbidden West dan Sackboy A Big Adventure.

Permainan-permainan tersebut tidak akan mendapat kelebihan yang hadir melalui PS5 seperti grafik serta kadar kelancaran yang lebih baik, namun ia adalah pilihan yang baik bagi pemain yang tidak ingin mendapatkan PS5 secara terus. Tambahan, versi PS4 ini boleh dinaik taraf ke versi PS5 secara percuma.

Spider-man dan Sackboy akan dikeluarkan semasa pelancaran PS5 iaitu 12 November ini, Horizon Forbidden West masih tidak disertakan sebarang tarikh pelancaran.

Sohor Kini