Sony ketika PlayStation 5 Showcase telah berkongsi kelebihan baharu untuk pelanggan PlayStaiton Plus iaitu PS Plus Collection di mana ia akan menyertakan sebilangan permainan dan boleh dimainkan terus oleh pelanggan. Ia boleh dikatakan seakan Xbox Game Pass, EA Play dan Uplay+. Video pengumuman boleh ditonton di bawah.

Kelebihan ini adalah eksklusif untuk pemilik PS5 sahaja, dan antara permainan yang diperlihatkan adalah God of War, Bloodborne, Persona 5 dan Final Fantasy XV.

Ini merupakan kelebihan tambahan, jadi berkemungkinan besar penawaran permainan percuma setiap bulanan akan terus disertakan, terutama untuk pelanggan yang tidak memiliki PS5.

Sohor Kini