Ketika penghujung acara PlayStation 5 Showcase hari ini, Sony Interactive Entertainment dan Santa Monica Studio mengumumkan sekuel kepada permainan God Of War yang dilancarkan pada 2018 lepas akan tiba di konsol tersebut.

Buat masa ini, tidak banyak informasi yang dikongsikan dan video acah yang diperlihatkan juga hanyalah memaparkan visual logo permainan tersebut bersama dengan kenyataan “Ragnarok Is Coming” yang mana ia merupakan kenyataan yang diacahkan oleh Cory Barlog sebelum ini iaitu pengarah permainan tersebut.

Seperti biasa, kami akan berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan permainan ini setelah ia diumumkan secara rasmi kelak.

Sohor Kini