Capcom ketika PS5 showcase telah mengumumkan yang Devil May Cry 5 akan tiba untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X melalui versi Special Edition. Buat masa ini tidak dapat disahkan lagi jika ia juga akan tiba untuk Xbox Series S. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Melalui versi ini, ia akan menyertakan pelbagai peningkatan grafik antaranya adalah sokongan ray-tracing, pemain juga mempunyai tiga pilihan kualiti permainan iaitu 4K/30FPS, 1080/60FPS ataupun mod High Framerate yang memberikan kelancaran 120FPS dengan resolusi lebih rendah.
Selain itu, versi ini juga menjadikan watak Vergil sebagai watak yang boleh dikawal. Beliau juga akan tiba untuk versi sedia ada bagi permainan ini sebagai DLC berbayar.
Devil May Cry 5 Special Edition akan tiba pada tarikh pelancaran konsol dan perlu dibeli secara berasingan. Devil May Cry 5 untuk PS4 dan Xbox One masih boleh dimainkan di konsol generasi baharu melalui sokongan keserasian belakang, namun tidak disertakan segala kelebihan di atas.