Capcom ketika PlayStation 5 Showcase hari ini telah berkongsi video acah kedua untuk permainan seterusnya siri Resident Evil iaitu Resident Evil Village. Anda boleh tontonnya di bawah.
Seperti kita sedia maklum Resident Evil Village bertempatkan beberapa tahun selepas Resident Evil 7 Biohazard di mana pemain sekali lagi akan bermain sebagai Ethan Winters. Chris Redfield yang mana sebelum ini juga diperlihatkan di Resident Evil 7 juga turut kembali, namun dengan rekaan lebih menyerupai siri Resident Evil sebelum ini.
Resident Evil Village akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC pada tahun 2021.