Insomniac Games ketika PlayStation 5 Showcase telah memperlihatkan bentuk permainan untuk Marvel’s Spider-Man: Miles Morales. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Permainan ini akan berlaku setahun selepas kejadian di dalam Marvel’s Spider-man dan ia akan memfokuskan kawasan Harlem iaitu tempat di New York yang tidak disertakan di dalam permainan utama.
Ia akan tiba pada tarikh pelancaran konsol PlayStation 5 dan PlayStation 4 iaitu 12 November untuk beberapa negara dan 19 November secara global termasuk Malaysia.