Skip to main content

Warner Bros Games dan Avalanche Studios hari ini akhirnya mengumumkan permainan RPG dunia terbuka Harry Potter iaitu Hogwarts Legacy selepas tertiris sebelum ini. Perkara tersebut diumumkan ketika PS5 Showcase. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Di dalam permainan ini pemain akan bermain di dalam dunia Harry Potter pada tahun 1800-an iaitu sebelum penceritaan Harry Potter. Anda boleh mereka watak sendiri. Ia akan dikeluarkan pada tahun 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply