Final Fantasy XVI Diumumkan Untuk PS5

Square Enix hari ini mengumumkan Final Fantasy XVI untuk PlayStation 5. Pengumuman tersebut telah dilakukan ketika PlayStation 5 Showcase yang berlangsung hari ini.

Permainan ini masih lagi di peringkat awal pembangunan dan mereka akan melakukan perkongsian selanjutnya pada tahun hadapan. Oleh itu, boleh dikatakan yang ia akan dikeluarkan pada tahun 2022 atau lebih lambat.

Final Fantasy XVI akan dikeluarkan terlebih dahulu untuk PlayStation 5.

Sohor Kini