Terdapat banyak filem yang sepatutnya ditayangkan pada tahun ini. Tetapi disebabkan Covid-19, banyak filem ditunda atau terus dimasukkan ke dalam platform penstriman. Filem-filem dari Paramount turut terjejas, salah satu yang ramai nantikan adalah A Quite Place Part 2, The Spongebob: Sponge On The Run dan banyak lagi. Terkini, filem “Love and Monsters” dari mereka mempunyai satu video acah baharu.

Love and Monsters adalah filem komedi romantik, aksi serta pengembaraan yang berlaku di dunia yang diserang raksasa. Watak utama Joel Dawson (lakonan, Dylan O’Brien), ingin mencari kekasih beliau Aimee (lakonan Jessica Henwick). Dengan merentas bandar serta hutan yang penuh dengan raksasa, beliau telah bertemu dengan seorang pengembara bernama Clyde (lakonan Michael Rooker).

Berdasarkan video acah, ia dilihat agak menarik, lucu dan penuh dengan aksi hebat yang turut menggelikan hati. Dari segi CGI kelihatan biasa sahaja, tetapi mempunyai pemandangan yang dilihat berbeza. Biasanya dunia apocalypse biasanya adalah zombi, perang, masa hadapan yang jahanam – tetapi filem ini dilihat memfokuskan dunia yang penuh dengan pelbagai jenis raksasa.

Filem ini tidak ditayangkan di pawagam, sebaliknya akan hadir dalam bentuk digital – iaitu sewaan di platform penstriman video yang terpilih. Antaranya adalah Apple TV, Prime Video dan juga Google Play Movie. Tidak pasti sama ada ia boleh diakses di Malaysia ataupun tidak, tetapi jika tidak anda boleh sahaja gunakan VPN.

Sohor Kini