Skip to main content

Razer Kishi merupakan alat kawalan yang direka khusus untuk peranti pintar, di mana ia akan disambung terus ke peranti berbanding menggunakan Bluetooth ataupun Wifi. Ini secara langsungnya akan mengurangkan kadar pendam.

Ia sebelum ini sudah dilancarkan untuk Android yang boleh disambung ke USB-C dengan harga RM389. Minggu ini, Razer akhirnya melancarkan alat kawalan tersebut menggunakan sambungan lightning. Ia ditawarkan dengan harga RM469.

Razer Kishi untuk iPhone ini mempunyai piawaian Made for iPhone (MFi) untuk memastikan ia sepenuhnya disokong. Ia menyokong kesemua iPhone bermula iPhone 6+ dan yang terbaru.

Anda boleh membelinya di mana-mana pengedar rasmi, ataupun melalui laman rasmi Razer.

Leave a Reply