Nintendo pada 2 tahun lepas telah mengesahkan yang mereka bekerjasama dengan studio animasi Illumination Entertainment untuk mengeluarkan filem animasi berdasarkan watak Mario. Illumination terkenal dengan siri Despicable Me dan juga Minion.
Melalui penerangan polisi untuk pihak pengurusan Nintendo, mereka mengatakan yang filem tersebut dijangka akan tiba pada tahun 2022. Perkara tersebut diperkatakan bersama dengan harapan mereka untuk mengembangkan lagi IP yang dimiliki oleh mereka kepada pelbagai bentuk barangan atau hiburan yang lain.
Pada penerangan yang sama, mereka juga mengatakan yang permainan mudah alih oleh Nintendo telah mencatat 650 juta muat turun unik iaitu tidak termasuk muat turun berulang kali oleh pengguna yang sama. Ini termasuklah untuk Fire Emblem: Heroes, Mario Kart Tour dan Animal Crossing: Pocket Camp.