Skip to main content

Nvidia hari ini mengumumkan yang sokongan ray-tracing, DLSS dan Reflex untuk Fortnite akan tiba pada 18 September ini. Mereka sebelum ini mengumumkan sokongan tersebut semasa pelancaran kad grafik RTX siri 30.

Bagi sokongan ray-tracing mereka memfokuskan kepada empat bahagian;

  • Ray-traced Reflections
  • Ray-traced Shadows
  • Ray-traced Ambient Occlusion
  • Ray-traced Global Illumination

Kesemua bahagian tersebut akan menjadikan Fortnite kelihatan lebih realistik, dan pencahayaan yang lebih baik. Namun, Nvidia mencadangkan yang anda hanya membuka Ray-traced Reflections sahaja untuk permainan Battle Royale dan membuka semua untuk Mod Kreatif sahaja.

Selain itu, melalui sokongan DLSS ia akan membantu untuk bermain dengan menyertakan Ray-tracing dengan resolusi serta kelancaran yang lebih baik. Untuk memperlihatkan kelebihan teknologi ini, mereka juga hadir dengan peta tersendiri yang boleh diakses melalui Mod Kreatif. Cara untuk mengakses-nya akan dikongsi kelak.

Akhir sekali adalah Nvidia Reflex, ia merupakan teknologi baharu oleh mereka yang akan mengurangkan sela masa dan menjadikan sesi permainan kompetitif serta dalam talian lebih responsif. Untuk Fortnite, Reflex mengurangkan kadar pendaman dikurangkan sebanyak 30%.

Sokongan ray-tracing ini diumumkan untuk PC, tetapi berkemungkinan besar akan turut disertakan untuk versi PlayStation 5 dan Xbox Series kelak.

Leave a Reply