Amnesia: Rebirth Dilancarkan Pada 20 Oktober Untuk PS4 dan PC

Frictional Games akhirnya berkongsi permainan seterusnya untuk siri Amnesia iaitu Amnesia: Rebirth, di mana ia akan dilancarkan pada 20 Oktober untuk PlayStation 4 dan juga PC. Anda boleh tonton video pelancaran di bawah.

Seperti diumumkan sebelum ini, permainan ini adalah susulan kepada Amnesia: The Dark Descent yang dikeluarkan pada tahun 2010 lepas. Di mana pemain akan bermain sebagai seorang watak bernama Tasi Trianon di mana beliau terbangun di padang pasir Algeria.

Jika anda berminat, ia sudah boleh di pra-tempah untuk versi PC melalui Steam, GOG ataupun Epic Game Store. Dengan potongan 10%.

Sohor Kini