Dontnod hari ini mengumumkan yang permainan seterusnya oleh mereka iaitu Twin Mirror akan dilancarkan pada 1 Disember 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC secara eksklusif melalui Epic Games Store buat masa terhad.

Twin Mirror merupakan permainan pengembaraan misteri, di mana pemain akan menjadi Sam iaitu pemberita yang cuba menyiasat kejadian yang berlaku di kampungnya. Berbeza dengan permainan Dontnod sebelum ini, ia tidak akan menyertakan elemen ghaib.

Permainan ini akan diterbitkan oleh Dontnod sendiri untuk PC, manakala bagi versi PS4 dan Xbox One ia akan diterbitkan oleh Bandai Namco. Pra-tempah sudah dibuka di Epic Games Store di mana ia menawarkan muzik latar permainan ini.

Sohor Kini