Psyonix hari ini mengumumkan yang Rocket League akan menjadi permainan percuma bermula pada 23 September ini. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Bersama dengan ‘permulaan’ baharu untuk Rocket League ini, fungsi rentas akaun juga akan disertakan di mana anda kini boleh menggunakan akaun yang sama untuk bermain di mana-mana platform. Ia akan menggunakan akaun Epic Games.

Selain itu, seperti diumumkan sebelum ini, versi PC hanya boleh didapati melalui Epic Games Store, tetapi jika anda sudah meniliknya di Steam ia masih lagi boleh dimuat turun dan digunakan. Bagi versi PlayStation 4 dan Switch pula, ia tidak lagi memerlukan langganan PS Plus dan juga Nintendo Switch Online.

Pemain yang membeli Rocket League sebelum ini juga akan menerima ‘Legacy Status’ di mana anda akan diberikan pelbagai barangan di dalam permainan. Rocket League sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini