Mediatonic dan Devolver Digital hari ini melancarkan kemaskini pertengahan musim untuk Fall Guys: Ultimate Knockout. Ia adalah kemaskini utama yang menyertakan pelbagai penambah-baikkan. Anda boleh tonton video kemaskini di bawah.

Antara yang disertakan di dalam kemaskini ini adalah pelbagai perubahan di peringkat tersedia yang akan memberi cabaran baharu kepada pemain. Selain itu, seperti diumumkan sebelum ini, Big Yeetus akhirnya disertakan dan juga sistem anti-penipuan menggunakan Easy Anti-Cheat oleh Epic Games.

Kemaskini ini sepatutnya sudah diterima oleh pemilik dan boleh mula dimuat turun. Fall Guys: Ultimate Knockout sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC. Jika anda ingin membaca ulasan kami untuk permainan ini, berikut adalah pautan untuknya.

Sohor Kini