Activision hari ini mengumumkan yang kejohanan Call of Duty League seterusnya akan menggunakan PC berbanding PlayStation 5, tetapi pemain masih lagi perlu menggunakan alat kawalan yang dibenarkan sahaja dan tidak boleh menggunakan tetikus dan papan kekunci.
Bersempena dengan perkara tersebut, mereka juga mengumumkan yang Call of Duty Challengers boleh dianjurkan menggunakan konsol dan juga PC secara rentas platform, tetapi seperti League ia juga mesti menggunakan alat kawalan yang dibenarkan.
Maklumat lanjut mengenai alat kawalan yang dibenarkan akan dikongsi kemudian. Buat masa ini tarikh untuk Call of Duty League 2021 masih tidak diumumkan.