Xbox Game Pass for PC Dilancarkan Secara Rasmi 18 September Ini

Microsoft hari ini mengumumkan yang Xbox Game Pass for PC akan dilancarkan secara rasmi pada 18 September, ia sebelum ini hadir secara beta. Dengan pelancaran rasmi ini, harga langganan juga ditingkatkan dari $4.99 kepada $9.99 sebulan. Video pengumuman boleh ditonton di bawah.

Pengumuman ini hadir bersama dengan pelancaran perkhidmatan xCloud secara rasmi esok, ia akan hadir bersama dengan langganan Xbox Game Pass Ultimate. Microsoft juga sebelum ini mengumumkan yang EA Play akan menjadi sebahagian Xbox Game Pass Ultimate dan Xbox Game Pass for PC pada hujung tahun ini.

Selain itu, mereka juga mengumumkan permainan baharu yang akan tiba untuk pelanggan Xbox Game Pass;

  • Company of Heroes 2 (PC) – 17 September
  • Destiny 2: Shadowkeep & Forsaken (Xbox One) – 22 September
  • Halo 3: ODST (PC) – 22 September
  • Night in the Woods (Xbox One & PC) – 24 September
  • Warhammer: Vermintide 2 (Xbox One) – 24 September

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini