Skip to main content

EA hari ini dilaporkan tidak lagi akan menggunakan jenama Origin untuk penawaran perkhidmatan mereka di PC. Sebaliknya klien mereka akan digelar sebagai ‘EA Desktop App’. Melalui aplikasi tersebut ia akan menawarkan EA Play dan juga perkhidmatan yang hadir melalui Origin sebelum ini.

Mereka sebelum ini juga telah menukar nama untuk Origin Access kepada EA Play yang memberi gambaran mereka meninggalkan jenama Origin. Perubahan ini dikatakan untuk mempermudahkan penjenamaan tambahan Origin juga tidak mempunyai penerimaan yang baik oleh pengguna PC.

Mereka sebelum ini telah kembali menawarkan permainan termasuk juga EA Play melaui Steam, selain mengumumkan yang EA Play akan disertakan bersama dengan langganan Xbox Game Pass Ultimate dan juga Xbox Game Pass for PC.

Leave a Reply