EA dan Motive Studios hari ini berkongsi satu video animasi untuk permainan Star Wars: Squadrons. Video tersebut adalah bahagian awal untuk penceritaan yang akan disertakan di dalam permainan ini. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Ia mengikut watak Varko Grey yang merupakan ketua skuad tentera Imperial. Ia berlaku tidak lama selepas Battle of Endor iaitu pertempuran yang memperlihatkan Alliance berjaya memusnahkan Death Star buat kali kedua. Animasi ini dihasilkan dengan kerjasama di antara Motive Studios, Lucasfilm, dan ILM.
Star Wars: Squadrons akan dilancarkan pada 2 Oktober 2020 di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC dengan sokongan rentas platform. Ia juga menyertakan mod realiti maya untuk PSVR dan juga PC.