Activison Blizzard hari ini mengumumkan yang Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 telah terjual sebanyak 1 juta unit selepas dikeluarkan pada 4 September lepas. Ia menjadikan permainan tersebut sebagai paling cepat mencecah 1 juta unit untuk siri permainan ini.

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 merupakan permainan penambah-baikkan untuk Tony Hawk’s Pro Skater 1 dan 2 yang dikeluarkan pada tahun 1999 dan 2000. Selain menyertakan peningkatan kualiti grafik ia juga menyertakan atlit baharu.

Bacaan Lanjut: Ulasan Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 – Kembalinya Kegemilangan Permainan Video Papan Selaju

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini