Skip to main content

Kemaskini, 16 September 2020 – Sony telah mengeluarkan kenyataan kepada Game Industry yang mereka tidak pernah melakukan sebarang perubahan untuk jumlah sasaran pengeluaran sejak ia bermula lagi.

Artikel Asal – Bloomberg hari ini melaporkan yang Sony telah mengurangkan sasaran pengeluaran konsol PlayStation 5 sebanyak 4 juta unit kepada 11 juta unit untuk tahun fiskal ini. Perkara tersebut dikatakan kerana masalah pengeluaran cip.

Tambah laporan tersebut, daripada jumlah keseluruhan pengeluaran cip, hanya 50% daripadanya yang tidak mempunyai masalah mengakibatkan mereka tidak dapat mengeluarkan konsol seperti yang diinginkan.

Pada Julai lepas, Sony dilaporkan meningkatkan sasaran pengeluaran kerana permintaan yang tinggi, tetapi dengan perkembangan terbaru ini, ia serba sedikit mengganggu perancangan tersebut.

Sony buat masa ini masih tidak mengumumkan tarikh pelancaran dan juga harga untuk konsol generasi baharu mereka, ia dijangkakan akan dilakukan semasa PS5 Showcase hari Khamis ini. Berdasarkan penganalisa Bloomberg, melihat kepada harga untuk Xbox Series X dan Xbox Series S, PS5 mungkin ditawarkan serendah $449 dan PS5 Digital Version kurang daripada $400.

Leave a Reply